Showing posts with label Pelabur Modal. Show all posts
Showing posts with label Pelabur Modal. Show all posts

3/20/2023

Pelabur asing terus jual ekuiti,

 


Pelabur asing terus jual ekuiti, berbilion ringgit mengalir keluar untuk minggu ketiga berturut-turut.

Pelabur asing terus menjual pegangan ekuiti mereka di Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, walaupun kadar jualannya dilihat lebih perlahan iaitu sebanyak RM536 juta minggu lalu, berbanding RM556.9 juta minggu sebelumnya.

Ini berkebarangkalian tinggi berpunca daripada suhu politik negara yang meningkat, selain ketiadaan dasar kukuh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk memulihkan ekonomi negara.

“Mereka menjualnya setiap hari dalam seminggu, dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada Selasa iaitu RM251.3 juta, diikuti RM99.7 juta pada Khamis dan RM90.3 juta pada Jumaat.

“Sentimen kekal lemah berikutan cabaran yang dihadapi dalam sektor perbankan Amerika Syarikat (AS). Pelabur asing telah menjadi penjual bersih selama 13 hari dagangan sejak 1 Mac,” Royce Tan Seng Hooi dari MIDF Research berkata.




Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...