Showing posts with label Siapa Batu Api. Show all posts
Showing posts with label Siapa Batu Api. Show all posts

3/17/2023

PM beri amaran jangan ‘hangatkan suhu kaum, agama’ Anwar Ibrahim berkata beliau mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap usaha menghangatkan suhu kaum atau agama.

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang
usaha meniup sentimen kaum atau agama.


PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran jangan “menghangatkan suhu” kaum atau agama, dengan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan usaha seperti itu.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang usaha ke arah itu dan ia tidak sama sekali akan diizinkan berlaku.


readmore:

Mulanya, bila aktiviti umat Islam di timbulkan olih mereka yang tiada kaitan dengan mereka. Bila PH menang, LKS kata gelombang hijau, negara nak jadi Taliban dan mesti disekat. Lepas tu, pemuda PAS buat pantomine dengan replika yang di buat senjata2 polisterine, dulu buat dari kayu je kalau keris dan pedang untuk melakukan aktiviti budaya bangsa. Maka dicemuhlah perbuatan itu sebagai satu ancaman kepada negara. Lepas itu  atlit hoki Melayu Islam dicemuh yang konon2 hanya berkata2 sindiran tentang bau wangi, yang mana anak melayu terus dipecat dari pasukan negara.

Maka timbul pula isu2 sinis perkauman dari satu susuk di Pulau Pinang, kakitangan kerajaan di monopoli orang melayu--di cemuh lagi..ini banyak kali berlaku, pakaian yang tak beretika yang bukan Islam mendatangi pejabat kerajaan tidak dibenar masuk sebab, terlebih seksi. - Dulu tak heboh pun, mengapa pula sekarang? Bukan mereka tak tahu, tapi pura2 tak tahu? supaya jadi isu yang memprovokasi? - ini pun banyak kali dan dari pelbagai jabatan. Lepas ramai pula MP-MP supaya apa bentuk etika berpakaian di hapuskan. Seolah-olah nak pakai bikini pergi opis gomen pun dibolihkan... ini demokrasi dan hak asasi. Teruk.

Yang terbaru, ubah perlembagaan - PM  diberi peluang pada bukan melayu. Apek tu lagi.. tiada tindakan, Tiada ke yang repot. perkara pokok tu?  

Kemudian pula, di umumkan secara awam luas, "Ziarah Gereja' yang di war warkan seorang menteri yang "evengelist" agar anak2 muda melayu Islam dijemput  tengok dan masuk "ziarah" (tahu ke erti ziarah dalam Islam). Sedihnya di war warkan olih menteri yang dilantik secara resmi jaga anak2 muda. Apa dah jadi? 

Maka kemelut terus berlaku, PM sedia ada pun keluar kenyataan, jangan provok jangan buat masaalah, terutama mereka yang dari puak yang kalah PRU15..tak ke haru? tu . Aku pun sendiri tak pernah sertai mana parti politik. Tetapi aku marahlah bila orang lain, lebih2 lagi kalau sikapir sentuh budaya dan agama aku. Islam sahaja yang aku ada, aku tak kaya macam orang2 politik. Yang itu pun orang nak kacau, Tak adil lah. 

Lepas tu bertali arus berita penceramah bebas tak bolih ceramah, cerita lama dan hampir saban masa begitulah. Penceramah tak heboh, tak semua Sultan dan Raja2 heboh.. si kaki kepoh tu yang heboh. Dah tak de tauliah tak bolihlah. 

relax lah... tak dapat dengar live..tengok You Tube..je kita nampak nye. 


Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...