“Anwar terbukti secara hitam putih terlibat dengan gejala kronisme dan nepotisme dari dulu lagi…”
Pada perhimpunan agung UMNO 1999, ketua pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyeru agar gejala rasuah, nepotisme dan kronisme dihapuskan sama sekali di Malaysia.
Walaupun Zahid tidak menamakan sesiapa, seruan itu disyaki ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Datuk Seri pada ketika itu) dan disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TONTON: HABISLAH ANWAR, TUN M BAKAL BERTINDAK
Demi menegakkan kebenaran, Mahathir membuat kejutan apabila menerbitkan, secara tiba-tiba, senarai lengkap penerima pelbagai kontrak kerajaan, peluang penswastaan dan peruntukan khas Bumiputera bagi ekuiti tersenarai awam.
Tahu tak saudara-saudari, bahawa bukan hanya kroni-kroni Anwar tersenarai, nama ayah dan abang Anwar serta nama Zahid turut tercatat sekali.
Tak ramai rakyat tahu apa yang sebenar sikap PM perpaduan, ketika media sosial tidak ada, hanya harap TV dan surat khabar sahaja. Saya masih ingat, apa yang berlaku sejak PM perpaduan masuk Umno dan jawatan mula dipegang sebagai menteri sehingga menjadi menteri kewangan. Mas reformasi yang basi pun ramai yang tak tahu apa yang terjadi. Setakat guling2 atas jalan raya dan jahanamkan kereta polis tu..untuk apa.. Rakyat dibawa kejalanan macam anarki.
