2/22/2023

Bukan sahaja di Turkiye - Di Malaysia pun berlaku - Buang Al Quran.

Media semalam melaporakan, lebih 10 naskah al-Quran ditemui di dalam longkang disyaki dibuang berhampiran Taman Sri Murni. Video penemuan itu ditularkan dalam laman sosial dengan menyaksikan beberapa individu mengeluarkan naskah itu dari longkang terbabit dengan rasa kecewa.2 days ago


.

Semua lapan individu terbabit berada di lokasi kejadian, termasuk merakam video yang ketika ini tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata keterangan lapan individu terbabit, penting bagi membolehkan polis mengesan mereka yang bertanggungjawab.

"Kita juga merakam keterangan individu yang ada dalam video tular itu bagi membantu siasatan.

"Polis turut melakukan siasatan di masjid serta surau berhampiran bagi mengenal pasti sama ada al-Quran itu berasal dari rumah ibadah berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program KL Cops Night Ride Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Readmore: 

Pandangan saya;

 


  Sudah semakin menjadi-jadi perbuatan yang sangat-sangat menyentuh hati2 umat Islam di Malaysia. Selain penghinaan terhadap agama Islam yang sering dipaparkan, dari pada laungan azan sehinggalah, ejekan2 yang tidak sepatutnya berlaku. Sindiran2 puak2 "arrogance and Ignorance" terus dilakukan semau-maunya. 

Terlalu benar akan Firman2 dari Allah SWT didalam Al Quran tentang sifat2 manusia diluar Islam yang tidak akan puas selagi umat islam tidak menuruti kehendak mereka, dan yang lebih menyedihkan ada juga di antara umat yang munafik yang semakin terselah kemunafikkan  mereka. Golongan Liberal, Plural dan yang merasakan mereka lebih arif tentang keadilan, kesesakmaan, kemanusiaan, "freedom of speech" yang ingin mereka tegakan atas dasar "Human Rights" atau hak asasi kemanusian. Hukum aqal dan pefahaman yang dangkal tentang "Al haq". Kerana akal dan ilmu yang semua atas izin dan anugerah Allah swt itu tidak difahami dengan benar. 

Malah begitu terserlah dari kalangan "liberalist" ini, begitu lantang menyanggah rukun2 Islam dan Iman yang seharus menjadi tunjang kepercayaan yang wajib sebagai seorang Muslim. Sudah ada diantara puak Liberalist & Pluralist mengatakan Tiadanya Qiamat, agama sama sahaja, tidak perlu mengikut sunnah, malah membenci Rasulullah SAW.  Dari kalangan munafik inilah yang begitu kuat menyokong, kebebasan "LGBTQ", menentang apa sahaja perbuatan orang Islam yang tidak sehaluan dengan pemikiran mereka, dalam apa juga bentuk aktiviti. Namun mereka berdiam diri bila berlaku penghinaan terhadap agama Islam, mereka begitu kehadapan menyalahkan Umat Islam. Mereka begitu kehadapan dalam mempertikaikan "Perlembagaan Negara"  atas dasar kesesakmaan dan meritokrasi. 

Yang paling menyedihkan telah mula mereka yang berfikiran "liberal" ini menjadi penguasa dalam pelbagai jawatan agama Islam didalam negera. Umpama "api dalam sekam dan terus menerkam Muslim yang mempertahankan Agama Islam>


Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...