2/16/2023

Hanya orang pelarian sah yang menerima kad UNHCR, BENAR KAH????

 Soalnya: Benarkah ?



Warga asing dan pelarian dengan kad UNCHR di Pasar Borong Selayang :

UNHCR: Hanya orang pelarian sah yang menerima kad UNHCR, bukan automatik untuk semua yang datang ke pejabat.


Kuala Lumpur, 20 September 2022 - Dokumentasi UNHCR hanya dikeluarkan kepada individu-individu yang telah disahkan sebagai orang pelarian atau pemohon suaka yang memerlukan perlindungan antarabangsa – tanpa mengira negara asal mereka, atau bagaimana mereka tiba di Malaysia.

UNHCR, Agensi Pelarian PBB memberi respon kepada laporan berita baru-baru ini yang mendakwa pemohon suaka membayar ejen penyeludup manusia untuk menghantar mereka (pemohon suaka) ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk menerima dokumen dari Agensi tersebut. 

UNHCR menegaskan bahawa individu-individu yang datang ke pejabat UNHCR tidak akan mendapat dokumen secara automatik. Semua pemohon suaka perlu terlebih dahulu menjalani prosedur yang ketat dan perlu memenuhi definisi orang pelarian.

UNHCR menjelaskan bahawa orang pelarian didefinisikan sebagai seseorang yang terpaksa melarikan diri dari negara asal atas sebab peperangan dan konflik, atau telah lari oleh kerana ketakutan berasas terhadap penganiayaan atas sebab bangsanya, agamanya, kewarganegaraannya, keahliannya dalam sesebuah kumpulan sosial, atau pendapat politiknya. Orang pelarian telah kehilangan perlindungan negara asal mereka dan tidak boleh pulang secara


Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...