PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menggesa mana-mana petugas kesihatan agar tidak atau cuba terlibat dalam mogok mengejut. Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini kerana perkara itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Sehubungan itu, katanya, jalan yang terbaik adalah berjumpa dengannya atau berhubung dengan mana-mana pegawainya untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian.
“Saya sebenarnya mendengar bahawa akan dilakukan mogok mengejut dan sama ada berlaku atau tidak berlaku, saya sendiri tidak ada kepastian. “Tetapi apa-apa pun kita minta supaya semua yang mungkin terlibat atau yang cuba terlibat tentang perkara ini kena tahu bahawa itu tidak menyelesaikan masalah, jadi yang terbaiknya ialah kita bersemuka.
