![]() |
| Kapal Tempur Pesisir (LCS1) yang masih dalam pembinaan sebanyak 60 peratus semasa lawatan media di Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak.- Gambar fail. |
Hishammuddin yakin Tok Mat selesaikan isu ‘pesalah’ Projek LCS.
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin penggantinya akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, Datuk Seri Mohamad Hasan akan membentangkan status projek berkenaan termasuk tindakan terhadap ‘pihak yang bersalah’ dalam projek tersebut.
