2/19/2023

Tidak wajar berarak timbul salah faham Islam: Bila melibat Islam semua tak wajar???

SEBAHAGIAN peserta program Himpit 2023 berarak membawa replika pedang, perisai dan lembing di Setiu, Terengganu. - GAMBAR MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak menyertai dan terbabit dalam perarakan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketidakharmonian masyarakat.

Itu nasihat diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar susulan tular beberapa gambar memaparkan satu program perhimpunan pemuda dalam media sosial, hari ini.

Mohd Na’im berkata, perarakan tersebut menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan dalam masyarakat.

“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara. Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan,

readmore:

Tiada pula kita rasa satu tersalah faham, malah lebih baik jika diadakan sebagai satu cara bagaimana tentera Islam zaman2 awal Islam dulu mempertahankan negara. Kisah2 sahabat-sahabat dan pahlawan2 tentera Islam berjuang dan bersambung nyawa demi agama Tauhid. Malah kalau kita mencari kisah2 perjuangan Rasulullah SAW, Khalifah Ar Rashidin, juga khalifah seterusnya. 

Semua umat Muslim faham Islam itu Aman, namun tertegak Islam bukan dengan cara mudah. Berjuang demi agama dan negara di awal Islam pun cukup menyentuh jiwa setiap Muslim. Mereka berjuang tanpa kelengkapan yang cukup dan canggih,malah tiada tunggangan seperti unta dan kuda yang cukup menghadapi musuh2 besar seperti kaum Musyrikin Makkah yang lengkap senjata dan kenderaan, Perang Muta'ah menghadapi tentera besar di zaman itu - Rum dan Parsi, yang jauh lebih hebat dengan jentera perangnya dari empayar besar. 

Tiada salah bagi mengenang kembali, buat umat Muslim agar semangat memperjuangkan dan mempertahankan agama Tauhid itu satu kewajipan. Perarakan ini bagai satu   "pantomime" jalanan. Seharus nya diadakan saban tahun sempena "Maulid". Bagi mengingati liku2 perjuang Rasulullah SAW dalam membawa kebenaran.  Malah bentuk2 persembahan diatas, telah lama berlaku dalam budaya dan agama2 lain dipentas dengan pelbagai bentuk karektor kepahlawanan. Malah perarakan yang kadang kala diadakan tidak kena pada tempat. 

Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...