3/06/2023

Tun M ramal Malaysia jadi seperti Singapura selepas PRU17


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas Program Mini Townhall Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 04 MAC 2023.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Malaysia akan menjadi seperti Singapura selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 dan PRU17.

Beliau yang baru dilantik sebagai Penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menjelaskan, ini kerana terdapat kemungkinan kerajaan sedia ada akan melakukan persempadan semula kawasan pilihan raya dengan mengurangkan jumlah kawasan pengundi Melayu.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kawasan pengundi bukan Melayu akan ditambah yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi corak pentadbiran selepas PRU16 dan PRU17.

“Hari ni pun jelas orang Melayu sudah hilang kuasa dan kuasa ekonomi pun tidak ada serta kuasa politik pun sudah hilang. Saya berpendapat masa PRU16 dan PRU17, kerajaan akan jadi kerajaan republik kerana saya dapati kerajaan yang ada sekarang ini mungkin akan buat perubahan-perubahan supaya kawasan pilihan raya bertukar dan jumlah kawasan Melayu akan berkurangan dan jumlah kawasan bukan Melayu akan bertambah.

“Sedikit sebanyak akan menukar corak kerajaan yang sedia ada pada PRU16. PRU17 akan lebih teruk lagi jadi dalam negara kita tidak ada jaminan PM orang Melayu dan siapa pun boleh jadi PM.

Readmore:

Percaturan politik dalam ruang demokrasi memang dinamik dan membolehkan apa sahaja bentuk pemerintahan atas dasar majoriti "Politic is an art of all possibility". Jumlah kerusi yang  setiap parti menangi setelah pilihan raya yang menjadi tiket untuk menjadi pemerentah atau kerajaan. Jika politik sesebuah negara itu diwakili olih banyak parti2 politik, maka terbukalah ruang demokrasi urutan dengan pembetukan "Alliance" atau kumpulan yang memperolihi majoriti tertinggi. Malaysia juga sedang menempuh satu bentuk demokrasi yang amat sukar dalam merebut tampuk pemerintahan. 

Walaupun sejak lama, politik di Malaysia di dominasi  2 gabungan besar, sejak 3 dekad yang lalu jumlah parti politik semakin banyak jumlahnya yang turut merebut peluang menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan. Sebenarnya, politik di Malaysia berkembang dengan dinamika yang lebih pada patutnya. Mungkin landskap demokrasi seperti ini lebih sesuai dinegara-negara yang majoriti kaum utamanya melebihi 80%. Jika tidak parti2 politik minoriti akan menguasai bila tiada satu parti majoriti kaum yang utama.  Kita tidak bolih melihat politik Malaysia sebagai satu wadah yang matang. 

Parti2 politik yang ditubuhkan, semua nya condong kepada, Parti Politik mengikut kaum. Tiada siapa yang bolih menafikan itu. Itu Hakikat sebenar, yang menyebabkan krisis politik yang berterusan hampir 1 dekad yang lalu. Sejak PRU14 sehingga kini tiada nampak reda nya percaturan antara parti2 atau gabungan bagi merebut tempat di Putra Jaya. 

"Race base politic" terus menjadi punca ketidak stabilan politik di Malaysia. Bila parti gabungan parti BN memerintah sejak lama tumbang di PRU14, disebabkan isu-isu bermotif politik seperti IMDB dengan pelbagai spekulasi dan disemarakan olih parti2 pembangkang dengan penuh agressif untuk menjatuhkan BN yang telah memerintah lebih dari 60 tahun. Ini peluang terbaik mengunakan isu2 besar dan membina persepsi2 negatif untuk UMNO dikuburkan. 

Dan ketidak stabilan politik terus dan masih menghantui negara yang tercinta. Walaupun PRU 15 menukar lanskap politik yang agak berbeza dari biasa, yang lumrahnya Gabungan Parti mestilah mendapat majoriti jelas, namun pada PRU15, tiada satu parti atau gabungan yang mendapat mandat majoriti jelas. Berlaku krisis politik, perebutan dalam menentukankan gabungan mana yang lebih hak majoriti. Maka dengan campur tangan DYMM untuk gabungan yang majoiti, pembentuk kerajaan gabungan, maka istilah perpaduan tidak tepat diguna pakai. 

Polimik agak reda buat sementara waktu ini, walau pun masih ada ombak-ombak ketidak stabilan masih beralun didasarnya. 

Mengulas kepada pendapat TUN, tentang akan ada usaha dari kerajaan sedia ada untuk melakukan pemsempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen dan undangan negeri. Isu ini akan menjadi satu faktor besar polimik politik jika ada usaha2 yang tidak jujur dari kerajaan sedia ada, isu2 bagi menwujudkan semula pilihan raya kerajaan tempatan telah pun diusahakan olih Parti Pembangkang utama dizaman Kerajaan BN. Inilah cabaran besar bagi negara dan  bangsa melayu. 

Jika Melayu terus leka dan bercakaran sesama bangsa sendiri, setuju sangatlah dengan saranan Tun..Melayu akan hilang kuasa politik, dan akan hilang segalanya.

Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...