5/24/2023

ANCAMAN BESAR MENANTI UMAT ISLAM SEBAB ISU KALIMAH ALLAH.

 



KANTOI!! PEGUAM NEGARA MENGAKU JAWAPAN ANWAR “JAWAPAN POLITIK,” ANCAMAN BESAR MENANTI UMAT ISLAM SEBAB ISU KALIMAH ALLAH.

Raggie Jessy Rithaudeen

Laporan di bawah (terbitan Astro Awani) memetik Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai berkata, Peguam Negara menyifatkan jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan menarik balik rayuan kes penggunaan kalimah ‘Allah’ sebagai “jawapan politik”.

Baca laporan ini, dan tonton juga ulasan saya (KLIK LINK DI BAWAH ATAU KLIK DI SINI) berhubung pendedahan Takiyüddin dan ancaman serius yang ramai di kalangan Melayu-Islam terlepas pandang.

TONTON: KANTOI!! PEGUAM NEGARA MENGAKU JAWAPAN ANWAR “JAWAPAN POLITIK,” ANCAMAN BESAR MENANTI UMAT ISLAM SEBAB ISU KALIMAH ALLAH

Kalimah Allah: Takiyuddin dakwa AG kata penjelasan PM satu ‘jawapan politik’

Hasimi Muhamad

KUALA LUMPUR: Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes penggunaan kalimah ‘Allah’ disifatkan sebagai “jawapan politik”.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendakwa kenyataan itu dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun secara peribadi kepadanya sebaik sahaja Perdana Menteri selesai menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini.

“Kita tak dengar kenyataan daripada Peguam Negara lagi, itu kita serah kepada Peguam Negara menjawab perkara ini. (Tetapi) Saya kebetulan tadi keluar dari dewan, saya berjumpa dengan Peguam Negara. Biarlah saya bertanggungjawab. Ini kenyataan saya dan saya tanya, “Macam mana Tan Sri?” (penjelasan berhubung penarikan rayuan).

“Dia (Idrus) kata, kita dengarlah jawapan politik. Ini apa yang keluar daripada mulut Peguam Negara. Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini. Saya ada saksi pun yang keluar bersama saya tadi.

TONTON: KANTOI!! PEGUAM NEGARA MENGAKU JAWAPAN ANWAR “JAWAPAN POLITIK,” ANCAMAN BESAR MENANTI UMAT ISLAM SEBAB ISU KALIMAH ALLAH

readmore:

Umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan di Parlimen, yang tidak memberi menafaat kepada Melayu Islam. Seolah-olah hilang kecerdikan sebangai seorang pemimpin Islam. Tidak dapat menilai "cause and effect" satu keputusan yang akan membawa malapetaka kepada Melayu Islam.

Apa yang bolih, kita dapatkan dari seorang pemimpin yang mungkin telah hilang petunjuk dan hala tuju yang semakin kabur dan kelam masa depan ummah, sepatutnya beliau lebih ariff dalam tatacara menangani isu ini. Bolih sahaja dengan kuasa ditangan mendapat pandangan ulamak2 juga para sarjana Islam bidang sejarah tentang titik mulanya khalimah Allah.

Hanya Islam yang ada, untuk umat Melayu, satu hak yang tiada nilai yang dapat di perkirakan. Ratusan tahun Tanah Melayu dijajah, dengan pelbagai mehnah dan racunan yang dibawa penjajah, selain menjarah hasil mahsul negara, dan usaha memurtadkan bangsa melayu dengan aktiviti "evangelism" untuk menghancurkan pegangan agama Islam. Mencari rempah ratus hanyalah dongengan para munafiqun dari kalangan bangsa sendiri.

Tiadalah satu keheranan malah nyata, di akhir zaman ini ummah Melayu Islam terus di terjah dengan ujian dari munafiqun dalam kalangan ummah. 

dibawah link2 video yang memberi maklumat tentang khalimah Allah, hukum salah guna para kafir harbi dan sejarah2 asal usul khalimah.

Sudut Sejarah sal mula Khalimah "Allah" 

FaceBook:

https://www.facebook.com/profsolehah/videos/simbol-kalimah-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-hanya-wujud-dalam-al-quran-tidak-sebelumnya-prof-dr-solehah-/1114437772829961/?locale=ms_MY

You Tube

https://www.youtube.com/watch?v=37kvHjlMUDc


Ustaz Khazim:

https://www.youtube.com/watch?v=rio-rnAUzgs&t=5369s






Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...