5/31/2023

Pihak Berkuasa Cuba Robohkan Masjid Bersejarah Di China

 

Masjid Najiayang, telah berusia hampir 1200 Tahun dan dibina pada Dinasti Ming yang terkenal
sangat mengalukan Agama Islam. Ribuan Penduduk Muslim Hui, memprotes usaha rejim komunis
China yang ingin merobohkan Masjid Tua ini.

YUNNAN, 29 Mei 2023 – Pihak berkuasa China cuba merobohkan masjid bersejarah Najiaying di Bandar Yuxi, wilayah Yunnan, China pada Sabtu, 27 Mei 2023 lalu.

Menurut kepada sebuah jaringan media Islam, Arrahmah.id, polis bersenjata dan polis khas dikerah bagi menyuraikan mereka yang membantah perobohan berkenaan.

Arrahmah.id yang memetik kepada China Times berkata, pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata mengepung masjid tersebut supaya tiada siapa yang dibolehkan untuk masuk.

Readmore:

Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...