5/15/2023

UMMAH bantah tarik balik rayuan guna kalimah Allah


UMMAH mengikuti secara rapat tindakan Kerajaan Madani yang telah menarik balik rayuan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah. Surat penarikan bertarikh 18 April 2023 adalah dirujuk.

UMMAH dengan ini membantah sekeras-kerasnya tindakan ini.

Ini bermakna bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh mana-mana bukan Islam secara bebas yang dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam khususnya generasi anak muda.

UMMAH menzahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan keputusan ini, ditambah lagi keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.

UMMAH turut menggesa agar YB Menteri Agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani. Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum.

UMMAH mendesak supaya pihak berwajib memikirkan semula tindakan ini dan meneruskan proses rayuan seperti sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, suatu Sidang Meja Bulat (RTD) akan diadakan oleh pihak UMMAH bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat.

DR. KAMARUZAMAN YUSOFF
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)


Satu demi satu kedaulatan yang berkanun didalam  Perlembagaan negara terhakis. Kali ini kalimah "Allah" di bolihkan  guna olih agama lain. Kalau secara lafadz nya sememang "Allah" itu bahasa Arab yg bererti Tuhan. Sebagaimana bangsa Arab yang umumnya "Allah" itu sama dengan perkataan Tuhan. Kita maklum dikalangan bangsa Arab memang ada "Arab Kristian" , juga bangsa Arab yang menganut lain2 agama selain Islam. 
Di dalam Tanah Air tercinta, Lafadz Allah, dan tulisan Allah "alif lam jalallah" itu amat berbeza dengan pengertian orang Arab.  Sejak lama Melayu di nasabkan sebagai Islam, Jika tidak Islam mereka bukan Melayu. Dan begitulah dari sekian banyak  bangsa2 didunia, hanya bangsa Melayu itu Islam dan pengertian kalimah Allah itu menjadi kayu ukur kemelayuan nya, begitu juga sebalik. Ini amat jelas akan perenggan2 dalam mempertabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Tidak dibenarkan penganut agama lain , memberi dakwah atau usaha menukarkan atau "conversion" bangsa Melayu kepada agama lain. Sebalik agama selain Islam bolih sahaja berdakwah kepada siapa yang mereka mahu, tetapi tidak bolih kepada bangsa Melayu. 
Sedih...akan perkembagan yang sedang berlaku didalam negara. Bila pihak berkuasa tidak mahu lagi merayu tentang pengunaan perkataan Allah dilarang atau tidak dibenarkan. 
Baru beberapa bulan mengambil alih tampuk pemerintahan mulalah hakisan hak untuk umat Islam mula di kikis.

Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum

  Negeri Sembilan in Constitutional and Customary Constitutional Conundrum. Luak2 Undang NS - (4) Jelebu/Sg Ujung/ Rembau/Johol. Penghulu Lu...