Tentera Zionis bunuh budak lelaki Palestin di Tebing Barat
“Tentera rejim Israel tidak pernah melihat pembunuhan kanak-kanak itu suatu kesalahan jenayah.”
Demikian luahan satu-satunya rakyat Malaysia di Gaza, Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berhubung tindakan serangan Israel, minggu lalu yang mengorbankan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.
Muhammad Nadir berkata, ketika kejadian, remaja berkenaan bermain di atas sebuah bangunan di Katibah berhampiran pusat bandar Gaza.
Menurutnya, serangan udara yang dilancarkan tentera rejim Zionis mengakibatkan lebih 20 penduduk cedera dan dirawat di pusat rawatan berhampiran.

SUASANA PILU: Orang ramai mengusung jenazah Khmour semasa upacara pengebumiannya di kem pelarian Dheisheh, dekat Baitulaham di wilayah Tebing Barat yang ditakluki kelmarin.
“Semalam (kelmarin), kanak-kanak Gaza berhimpun di hadapan bangunan Katibah yang dibom tentera rejim dan menyatakan bantahan terhadap pembunuhan dua rakan mereka.
“Bom yang dilepaskan tentera rejim sememangnya disasarkan kepada penduduk awam dan bukan seperti dakwaan mereka kononnya untuk melumpuhkan lokasi strategik Hamas.
“Kanak-kanak ini juga menyatakan hak mereka untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain tanpa perasaan takut atau bimbang berhubung serangan mengejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, pihaknya yakin tentera rejim tidak beranggapan bahawa membunuh kanak-kanak sebagai jenayah dan demonstrasi kanak-kanak Gaza ini lebih kepada usaha untuk meraih perhatian antarabangsa.

Hilangnya rasa kemanusian bila doktrin Zionist menguasai fikiran manusia , anak2 yang tidak tahu apa menjadi taruhan nyawa.
Menurutnya, mereka mahu menarik perhatian masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama dengan kanak-kanak Gaza dan menyatakan bantahan terhadap tindakan terbaru Israel.
Gabenor Ramallah Laila Ghannam mendukung jenazah Mohammad Tamimi di luar perkaragan Kompleks Kesihatan Palestin. - Foto AP