12 REALITI YANG NYATA
PH-BN diumpamakan hanya makan bahagian yang tersisa dengan BN mendapat yang sedikit , PN telah ketawa besar dengan meraih kejayaan besar.
Berikut adalah 12 realiti yang diambil daripada keputusan pilihan raya negeri semalam (12 Ogos) di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu:
1. Perikatan Nasional (PN) menang besar di Terengganu, Kedah dan Kelantan serta berjaya membuat kejutan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. PN memenangi 146 kerusi yang mengejutkan berbanding 99 untuk Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN). Memandangkan ia bertanding di semua 245 kerusi DUN, PN mencapai kadar kejayaan 60% yang patut dipuji.
6. Negeri Sembilan adalah satu-satunya tempat menyelamatkan UMNO dengan pakatan PH-BN berjaya menumbangkan lawan PN nya dengan kelebihan 31-5. Kejayaan ini banyak disebabkan olih, kelemahan jentera PN yang agak ketara semasa kempen PRN 6 negeri.
7. Kejayaan PN khususnya PAS menerobos negeri-negeri maju Selangor dan Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kesan gelombang hijau dirasai di tanah besar Pulau Pinang dengan PN telah menang di 11 daripada 15 kerusi majoriti Melayu yang ditandingkan.
9. Walaupun terpaksa menelan sisa laba dan dalam suasana muram, Pengerusi BN Zahid yang memainkan peranan penting dalam mendesak PRU15 diadakan lapan bulan lebih awal telah bertindak balas terhadap keputusan pilihan raya negeri sis dengan mengatakan bahawa mandat yang diberikan kepada parti dalam kerajaan perpaduan akan menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meningkatkan kerjasama dan memenuhi tempoh lima tahun jawatannya.
10. Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam reaksi awalnya dilaporkan berkata bahawa kerajaan pusat akan terus kukuh. – 13 Ogos 2023. Realitinya hanya rakyat yang akan menilai.
11. Kemaraan PN, yang diumpamakan olih TSLKS sebagai (Greenwave) atau gelombang hijau, yang pimpinan PN pun tidak pernah mengungkapkan "Gelombang Hijau" pada mula kemaraan PN pada PRU 15, menjadi igauan ngeri buat PH-UMDAP.
12. Apa yang pasti, kemaraan PN dan momentum menguasai lanskap politik negara berada di landasan yang kukuh sejak PRU15. Walau PN dilabel dengan pelbagai label dan tomahan, realiti begitu jelas, rakyat Malaysia semakin bebas menilai politik dengan waras dan berfakta. Demokrasi akan terus subur dengan naratif-naratif yang segar dan positif. Politik kebencian kerana bangsa, agama dan warna kulit tidak mendapat tempat dikalangan rakyat yang celik fakta dalam menilai kebenaran dan kejujuran.


