Pendirian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan keputusan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk tidak mengosongkan kerusi Parlimen Muar perlu dihormati semua pihak.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, itu merupakan hak Muda dan terpulang kepada Syed Saddiq dalam menentukan hala tuju perjuangannya selepas tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH)
Terdahulu, Hassan merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Johor Bahru di Pasar Borneo Johor di sini pada Sabtu.
Pada Rabu PH Muar dalam sidang akhbar khas menggesa Syed Saddiq mengosongkan kerusi Parlimen Muar untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.
Susulan itu pada Sabtu, Muda Parlimen Muar menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi tersebut dan Syed Saddiq akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat.